Saturday, September 12, 2009

Aku... dia... dan sesuatu.. -13579-

sayang,

Amat menyakitkan jika mencintai seseorang tetapi tidak dicintainya... namun lebih indah lagi untuk mencintai akan tetapi tidak pernah menemukan keberanian untuk memberitahu mereka apa yang kamu rasakan... atau mungkin tuhan menginginkan kita untuk bertemu dengan seseorang yang tidak tepat agar ketika kita akhirnya bertemu dengan insan yang serasi yang betapa berharganya nilai sesuatu ikatan dan anugerahNya itu...hanya kerana cinta adalah suatu perkara unik yang pada ketika itu kita membawa seribu macam perasaan, kesabaran dan romantis dalam menguliti sesuatu hubungan serta menemukan bahawa kita sangat prihatin tentangnya.... hal yang amat menyedihkan dalam hidup ialah ketika kita bertemu seseorang yang sangat bererti buat kita tetapi yang akhirnya menjadi duri mengguris hati... saat itu kita terpaksa melepaskan dia pergi walaupun hakikatnya adalah sangat berbeza... kini aku sedar.. ketika pintu kebahagian aku bersamanya telah tertutup... terlalu banyak pintu-pintu lain yang terbuka... tetapi kadangkala aku terlalu menatap pintu yang telah lama tertutup buat aku sehinggakan aku lupa untuk melihat pada pintu-pintu lain yang pastinya sentiasa terbuka untuk aku... setelah sekian lama aku alpa... kini aku sedar... tak perlu untuk aku mengenang semalam yang sudah berlalu sedangkan hari ini dan esok perlu aku hiasi dan nikmati dengan penuh keikhlasan dan kegembiraan yang suci... thanks sayang... ko mengingatkan aku yang hampir lemas dalam lautan duka... aku amat berterima kasih pada mu... biarlah aper orang nak kata... aku tenang mengenalimu... ini sahaja cerita tentang kita yang mampu aku tuliskan khas buatmu setakat ini... hayati barisan puisi yang ku tujukan khas buatmu dan ketahuilah... aku amat menyayangi dan mencintai dirimu itu... terima kasih kerana sudi memahami aku... to be continue dear...

Biarpun engkau jauh
Kasih ku tetap teguh
Walaupun telah hilang
Engkau masih dalam ingatan...
Malam ku yang panjang
Hati ku yang suram
Terkelip-kelip memikir kesudahan...
Kita berpisah tanpa direncana
Bukanlah kehendak kita
Semua suratan takdir
Yang penuh dengan kesedihan...
Aku yang diajar tentang ketabahan
Serta kesabaran di dalam mencari mu...
Di sini aku menyendiri
Susuri badai penuh pilu
Dan ada juga ketika ku kebingungan
Terkapar-kapar mencari pegangan
Di dalam arus kehidupan
Ku yakin akan bertemu jalan penyudah
Tuhan yang lebih mengerti

-13579-

2 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.