Saturday, September 12, 2009

Teman Yang Terbaik.... 0512

Teman yang terbaik adalah teman di mana aku dapat duduk bersamanya dan merasa terbuai oleh sesuatu perasaan yang tidak pernah menyatakan apa-apa... dan kemudiannya dia berjalan mengiringi aku bersama-sama ke destinasi yang amat indah... perasaan seperti itu adalah percakapan termanis yang tak pernah aku rasakan... memang benar aku tidak pernah tahu apa yang aku miliki sehinggalah pada ketika aku kehilangan dirinya dari hidup aku... tapi benar juga... aku tak tahu sesuatu yang istimewa itu hilang... aku amat berharap ia tidak hilang... dan disebabkan itu aku cuba buat yang terbaik untuknya... dan aku sedar... memberikan seseorang itu kesemua perasan cinta aku tak pernah menjamin yang dia juga mencintai aku.. tetapi aku rasa cukup gembira dapat melihat dia bahagia walaupun dia tidak mencintai aku... itu semua kerana aku faham yang aku mencintainya biarpun dia merasakan sesuatu di sebalik sesuatu... biarlah naluri cinta itu tumbuh dari dalam hati mereka... dan kalau pun ianya tak mungkin tumbuh... akan aku biarkan ia tumbuh di dalam hati aku... kerna aku yang merasainya... aku tersangat ingin mendengar 3 kata keramat tetapi hampa...takkan aku biarkan diri aku tuli walaupun aku tak mendengarnya dengan nyata... aku akan cuba dan terus mencuba kerana aku cinta kepadanya dan biarlah selamanya begitu... cinta aku tak pernah mati dan menyerah kalah... itulah aku... aku takkan mengatakan yang aku tidak mencintainya bila mana aku tak ingin membiarkannya pergi... itulah aku... insan biasa yang tak mempunyai apa2 keistimewaan pun... tapi aku mahu dia tahu yang aku sangat sayang padanya.......pergggggghhhh... penat gak nak menaip nie... so aku sentiasa mendoakan kebaikan untuknya... kerana itulah cinta bagi aku... huhhuhuhuh..... to be continue sayang.....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.