
3 perkara yang awak suka tentang saya? 3 perkara yang awak tak akan lupakan tentang saya? 3 ayat yang awak nak beritahu saya? nama yang awak nak panggil saya? perkataan yang terbaik tentang saya? awak betul2 nak saya sebagai?
13579





Semoga aku mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat aku bahagia...aku cuba meletakkan diri aku pada
Sejauh mana lagi perlu ku susuri...
Kasih antara kita
sesaat berganti cuma
namun kehadiranmu
menyinari seluruh duniaku
namun jarak memisahkan kita
tetapi tidak memutuskan
walaupun aku senang bersamamu
tetapi realitinya
aku tak merelakan perpisahan itu
aku di sini seolah-olah kosong
tiada berteman
sendirian....
hanya ingatan yang mendamaikan
benarlah katamu
namun selama manakah dapat kau buktikan...?
namun begitu...
aku kan tetap sentiasa memahami dan mempercayai...
kerna itu janji ku padamu...
kita tidak pernah bersengketa
aku riang mengenalimu....
biarlah garis jarak memisahkan kita
buat sementara ini...
tetapi bukan keikhlasan hati
pengorbanan dan penerimaanmu
amat ku hargai...
aku kan sentiasa memahami
demi sebuah cinta serta segunung harapan...
adakah kau pun begitu sayang....?
seandainya kau mengingati ku...
tenunglah bulan...
kerna di sana ada aku...
13579
Teman yang terbaik adalah teman di mana aku dapat duduk bersamanya dan merasa terbuai oleh sesuatu perasaan yang tidak pernah menyatakan apa-apa... dan kemudiannya dia berjalan mengiringi aku bersama-sama ke destinasi yang amat indah... perasaan seperti itu adalah percakapan termanis yang tak pernah aku rasakan... memang benar aku tidak pernah tahu apa yang aku miliki sehinggalah pada ketika aku kehilangan dirinya dari hidup aku... tapi benar juga... aku tak tahu sesuatu yang istimewa itu hilang... aku amat berharap ia tidak hilang... dan disebabkan itu aku cuba buat yang terbaik untuknya... dan aku sedar... memberikan seseorang itu kesemua perasan cinta aku tak pernah menjamin yang dia juga mencintai aku.. tetapi aku rasa cukup gembira dapat melihat dia bahagia walaupun dia tidak mencintai aku... itu semua kerana aku faham yang aku mencintainya biarpun dia merasakan sesuatu di sebalik sesuatu... biarlah naluri cinta itu tumbuh dari dalam hati mereka... dan kalau pun ianya tak mungkin tumbuh... akan aku biarkan ia tumbuh di dalam hati aku... kerna aku yang merasainya... aku tersangat ingin mendengar 3 kata keramat tetapi hampa...takkan aku biarkan diri aku tuli walaupun aku tak mendengarnya dengan nyata... aku akan cuba dan terus mencuba kerana aku cinta kepadanya dan biarlah selamanya begitu... cinta aku tak pernah mati dan menyerah kalah... itulah aku... aku takkan mengatakan yang aku tidak mencintainya bila mana aku tak ingin membiarkannya pergi... itulah aku... insan biasa yang tak mempunyai apa2 keistimewaan pun... tapi aku mahu dia tahu yang aku sangat sayang padanya.......pergggggghhhh... penat gak nak menaip nie... so aku sentiasa mendoakan kebaikan untuknya... kerana itulah cinta bagi aku... huhhuhuhuh..... to be continue sayang.....