Saturday, October 17, 2009

3 Perkara...?



3 perkara yang awak suka tentang saya?
3 perkara yang awak tak akan lupakan tentang saya? 3 ayat yang awak nak beritahu saya? nama yang awak nak panggil saya? perkataan yang terbaik tentang saya? awak betul2 nak saya sebagai?

13579

Saturday, October 10, 2009

Kisah kau dan aku.... 13579


teringat kisah ku di malam itu
sejak bertemu ku rindu selalu
tak dapat aku melupakan oh wajah mu
telah menjadi lukisan di hati ku
bagaikan burung yang terbang berkicauan
riang hati ku kau jadi kekasih
tak ingin aku akan perpisahan
hidup ku riang tiada mengenal sedih
tiada ku sangka mendung kan menjelma
datang mengelapkan sinaran hidup ku
belum puas ku merasakan hangatnya
kini terasa di seluruh tubuh
masa berlalu kini kau dah berjaya
malangnya aku telah kau lupakan
tiada ku kesal begini jadinya
kan ku hadapi sebagai satu cabaran
waktu ku sepi ada yang hampiri
memberi kasihnya sebagai pengganti
telah ku lupa segala sakit di hati
tetapi kini engkau ingin kembali
tak mungkin aku akan menerima mu
dan melukakan hati kekasihku
lupakan saja apa yang berlaku
jadikan ini suatu kisah hidup mu



13579

Sunday, October 4, 2009

Happy Birthday Sayang.....




berkurun lama ku rahsiakan
cinta ku pada mu...
hanya kerna kau ratu laksana
disinggahsana...
di tasik ini...
pepohon cemara
yang teguh meninggi
bagai harapan ku kepada mu
sekian lama...
akan ku serah cinta abadi
menyerlah sinar malam sepi mu
agar menjadi penawar luka mu
mewarna hati mu...
akan ku bawa kau mengembara
menerokai alam asmara
menubuh kota cinta kita...
genggam erat janji ku
sematkan di dalam hati mu
moga cinta makin mekar
mengharumkan hidup mu...


Dari ku khas buat mu.... kaulah segalanya untuk ku... kaulah curahan hati ku... tak mungkin ku melupakan... tiada satu yang ku harap hanya kau seorang... 13579



hari ini dalam sejarah (05/10/2009)



Saya....


...bila saya kacau awak.. saya takut saya kenal awak..
...bila saya dah kenal awak.. saya takut saya terima awak..
...bila saya dah terima awak.. saya takut saya sayang awak..
...bila saya dah sayang awak.. saya takut saya kehilangan awak..
...bila saya dah hilang awak... saya takut saya tak mampu hadapi semua itu


Yang pasti hari ini sungguh bermakna buatku... aku telah diberikan sesuatu yang paling berharga yang dah lama dan setiap hari aku nantikan sepanjang perkenalan aku ngan dia... aku sebak dalam gembira... aku terpegun dalam alpa... dia menyatakan yang dia cintakan aku... dan aku juga mencintai dia... aku tak terkata ape2 lagi... hari ini aku akan ceria hanya untuknya... dan tarikh ini juga akan aku abadikan selama-lamanya dalam hidup aku... dengarlah sayang sesungguhnya :-



Hanya padamu terbuka hatiku..
menanti hadirnya kasihmu sayang..
cinta yang murni sehangat mentari...
membara hanyalah untuk mu...
belum sempat aku memberi pada mu...
engkau yang ku damba... hilang tiba2...
tiada lagi irama cinta mu sayang...
tiada lagi haruman kasih mu intan....
tinggallah aku menyulam cinta yang sirna....
di dalam senyum yang berbayang duka...ku kesepian
akan ku tunggu takdir menentukan...
engkau dan aku kan bersua lagi.. bermadu cinta....
selembut bayu senja...
mengukir rindu di daunan hari kasih..
menghilang resah lewat pertemuan kita....
biarpun harus ku telan keperitan....
kerana engkau intan yang ku sayang..
akan ku terus menunggu mu intan....



13579

Thursday, October 1, 2009


ketawa dan airmata
itu sebenarnya cinta
kalau kau sedih
pasti ku rasa
begitu sebaliknya
ku senang engkau cemburu
itu tanda kau sayangiku
tahu kau takut kehilanganku
begitu juga aku....
ku juga suka bila kau curiga
dia mengajarku erti setia
apapun sikapmu aku terima
asalkan ada kebaikan....
walaupun sering kau kutinggalkan
itu tiada bermakna kau kuabaikan
memang sesekali sikapmu
membuat aku jemu
hingga kau tak ku pedulikan
untuk menyedarkan..
belum pernah ada cinta
di dalam kehidupan manusia
sepanjang masa bahagia
tanpa airmata....

13579